Sunday, October 31, 2010

Beli Rumah Aset Atau Liabiliti.

Beli rumah untuk didiami adalah liabiliti. Kalau beli rumah untuk disewakan rumah itu jadi aset.

Macamana boleh jadi macamtu?

Saya cuba terangkan secara yang paling mudah dan ringkas untuk difahami semua.

Sebagai contohnya, hutang rumah yang perlu dibayar kebank RM500 sebulan selama 20 tahun.

1. Situasi pertama, rumah yang telah dibeli kemudian kita tinggal atau didiami adalah tanggungan untuk pembeli rumah tersebut. Sebabnya setiap bulan kita perlu membayar dengan bank setiap bulan. Secara ringkasnya keluar duit dari poket kita. Begitu juga duit cukai pintu, insuran dan baik pulih jika ada kerosakkan pun perlu dimasukkan kos juga. Maknanya wang aliran keluar, istilah kewangan "Cash Outflow". Ini dipanggil liabiliti untuk kita. Dari segi perkiraannya ialah RM500 sebulan, setahun RM6,000, Dalam masa 20 tahun RM120,000.

2. Situasi kedua, rumah disewakan kepada penyewa. Kita sewakan RM600 sebulan. Setelah ditolak dengan bank sebanyak RM500 sebulan. Aliran wang tunai masuk kepoket kita atau "cash inflow" sebanyak RM100. Kalau setahun telah menjadi RM1200. Macamana kalau 20 tahun. Itu jika disewa sebanyakRM600 sebulan, bagaimana selepas 3 tahun kita naikkan lagi sewa ke RM700 sebulan. Aliran masuk makin bertambah menjadi RM200. Kategori ini adalah aset, dimana harta yang kita ada buat wang mudah untuk kita atau wang kerja untuk kita.

Kalau ada pandangan boleh kemukakan diruangan komen.

Saturday, July 31, 2010

Bagaimana Mencari Perniagaan/Niche Yang Sesuai?

Assalamualaikum,

Satu persoalan yang sukar. Apa perniagaan yang kita buat dan kita suka buat?

Kes 1.
Ali ada banyak duit yang diwarisi dari keluarga beliau. Jika beliau tidak kerja duit yang sedia ada boleh menampung kehidupan dia. Tapi dia masih buat perniagaan yang dia suka iaitu membuka kelas kraftangan.

Kes 2
Kassim diwaktu masa lapang suka membuat kerja seni dari kayu seperti kerusi, almari atau sebagainya.

Kes 3
Dr. Faris adalah seorang pakar bedah jantung di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga kes diatas adalah berlainan situasi. Oleh itu jika kita ingin mengetahui dimana minat atau"passion" kita sebenar cuba buat list berdasarkan
1. Perniagaan yang betul-betul kita minat. Sebagai contoh computer game, memasak dan menulis buku.
2. Kepakaran didalam sesuatu bidang. Sebagai contoh pakar bedah, consultant dan accountant.
3. Unik, ketahanan dan Kompetitif

Mencari perniagaan/niche yang kita suka adalah paling penting supaya kita dapat fokus.

"Alang-Alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan"

Sunday, July 18, 2010

Kenapa Hanya 10% Perniagaan Berjaya Dalam Masa 5 Tahun?

Perjalanan perniagaan yang mantap. Satu persoalan yang nampak mudah tapi perlu diperdalami atau diperhalusi sebaik mungkin. Sebab faktor inilah yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan untuk jangka masa panjang.
Sebagai contoh, Ahmad buka website jual barangan baik fizikal atau digital. Dalam sebulan Ahmad mendapat untung sebanyak RM3000. Setelah beberapa tahun berniaga Ahmad telah jatuh sakit selama 6 bulan. Perniagaannya telah rugi dalam masa dia sakit. Ahmad tidak dapat mengendalikan perniagaannya. Berapa lama perniagaan Ahmad dapat bertahan? Apa yang sepatutnya Ahmad buat untuk mengelak perkara begini berlaku?
Sepatutnya bisnes tetap berjalan lancar.
Masih ramai para peniaga diluar sana yang perlu campur tangan selepas 5 tahun berniaga. Maknanya mereka tidak ada sistem yang konkrit. Kita ambil contoh Mc Donald. Perlu ke tokeh besar pergi tengok setiap outlet mereka. Rasanya tidak perlu sebabnya sudah ada sistem yang mantap.
Macamana nak buat? Setiap perniagaan yang kita buat perlu ada orang "backup" kita, dengan kata lain kita melatih orang lain untuk mengendalikan perniagaan kita mengikut sistem yang kita telah aturkan . Dalam masa yang sama kita bina rangkaian perniagaan kita supaya tidak statik di tahap yang lama semasa kita mula mula bina perniagaan.

Fikirkan untuk "survival" perniagaan anda.

Tutorial Pemasaran Internet Dari Youtube.(Versi English)

Saturday, July 10, 2010

Perniagaan Internet

Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?
oleh Zamri Nanyan

Kebanyakan daripada usahawan yang baru menceburi bisnes internet ini mempunyai masalah untuk menghasilkan jualan.

Apabila laman web dibina dan promosi dilakukan, tiada jualan dapat dihasilkan walaupun anda tahu bahawa produk yang anda promosikan adalah hebat dan diperlukan oleh orang ramai.

Ini terbukti kerana kadang-kadang anda juga mempromosikan produk yang sama dengan orang lain tetapi mereka mendapat komisyen jualan yang tinggi. Anda sebaliknya tidak mendapat apa-apa.

Jika anda hendak tahu apakah rahsia di sebalik penghasilan jualan yang tinggi di internet, inilah beberapa kunci utamanya.

K-S-P

Saya terangkan kepada anda singkatan K-S-P yang saya maksudkan.

K = Kenal

S = Suka

P = Percaya

Saya pasti sekiranya anda dapat menguasai ketiga-tiga kunci ini, anda mampu menukarkan jualan sifar anda kepada jualan mega.

Baiklah, mari kita lihat apakah yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga kunci ini.

* Kenal

Pada mula anda mempromosikan sebarang produk atau servis, prospek yang melawati laman web anda akan mula bertanya kepada diri mereka sendiri. “Siapa yang menjual produk ini? Saya tak kenal pun beliau.”

Pada tahap ini, mereka akan mula mencari-cari jawapan kepada soalan “siapakah anda” untuk mengenali anda terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana di internet, terlalu banyak penipuan dilakukan sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.

Cara mudah untuk orang mengenali anda di internet ialah dengan mempunyai laman web profesional sendiri dan memperkenalkan diri anda seperti siapa nama anda, apakah bisnes yang anda jalankan dan jika anda ada gambar pejabat dan gambar anda sendiri, tidak salah untuk anda letakkannya di internet supaya prospek anda dapat membayangkan rupa anda dan juga bisnes yang anda jalankan.

Di atas sebab ini jugalah anda perlu mempunyai laman web profesional anda, dengan nama domain anda sendiri, dan bukannya laman web percuma daripada geocities.com atau tripod.com.

Mendapatkan sebuah nama domain dan laman web yang profesional adalah murah dan sangat mudah, sehingga saya sendiri pun tidak faham kenapa masih ramai lagi “usahawan” internet yang tidak mahu mendapatkannya (tetapi pada masa yang sama mereka mahu tampil profesional).

Dengan modal USD$10 (atau lebih kurang RM35), anda sudahpun boleh mendapatkan nama domain anda sendiri dan web-host untuk menempatkan laman web anda, dan seterusnya bina laman web profesional anda semestinya.

Ini laman web USD$10 yang saya maksudkan:
http://www.website.ws/dhairaz

Daftar dengan nama domain yang mempunyai nama anda sendiri seperti www.NamaAnda.ws pun sudah memadai untuk memulakan langkah prospek mengenali anda.

* Suka

Perkara seterusnya ialah cari cara bagaimana prospek anda boleh suka dengan anda dan juga perniagaan anda.

Dari sinilah pentingnya anda pandai membawa diri anda di internet. Sebagai contoh, anda boleh menyertai forum perbincangan online dan beramah mesra dengan ahli forum yang lain. Jangan sekali-kali bermusuhan dengan orang lain di internet semata-mata pandangan anda berbeza daripada pandangan mereka.

Komunikasi yang baik melalui email atau laman sosial yang lain (seperti Facebook, Friendster dan sebagainya) juga menambah markah yang baik untuk meningkatkan tahap orang menyukai anda.

Salah satu lagi cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan perisian yang dipanggil autoresponder untuk mendapatkan senarai nama dan email rakan-rakan internet anda.

Autoresponder ialah perisian email di mana anda boleh simpan nama dan email pelawat yang mengisi borang langganan di laman web anda ke dalam pangkalan data (database) yang disimpan di webserver. Seterusnya, anda boleh gunakan autoresponder untuk menghantar kepada semua email ini sekali gus sama ada pada masa yang anda tetapkan ataupun pada masa sekarang.

Anda tak perlu tahu terlalu mendalam bagaimana untuk memasang perisian ini kerana cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan autoresponder ialah dengan melanggan servis seperti yang ditawarkan oleh Aweber atau GetResponse.

Gunakan autoresponder untuk mengumpul senarai email rakan-rakan internet anda. Pada masa yang sama, selalulah berhubung dengan mereka melalui email dengan memberikan tip-tip mengenai produk atau bisnes anda ataupun sekadar untuk memberitahu perkembangan terbaru mengenai apa yang anda lakukan pada masa sekarang.

Dalam ertikata lain, anda mahu rakan-rakan internet anda ini kenal dan suka kepada anda.

Dan apabila orang sudah mengenali anda dan menyukai anda, barulah mereka akan sampai ke tahap seterusnya.

* Percaya

Di tahap inilah anda akan mula nampak hasil daripada usaha anda sebelum ini. Apabila anda menjual produk atau servis kepada “rakan-rakan” internet anda, ianya mudah untuk mereka membuat pembelian melalui anda.

Mereka sudahpun “Kenal, Suka dan Percaya” dengan apa yang anda tawarkan.

Bayangkan jika anda mempunyai 10,000 rakan di internet dan 2% daripada mereka membeli produk berharga RM50 yang anda tawarkan, ianya sudahpun memberi pulangan sebanyak RM10,000.

Ah, jangan kata ianya sesuatu yang mustahil kerana ianya telah pun dibuktikan keberkesanannya. Sebaliknya, anda halusi dahulu sebab kenapa anda tidak dapat hasil jualan yang memberansangkan.

Mungkin ianya disebabkan kekurangan K-S-P.

Walaubagaimanapun, anda boleh lihat di sini bahawa proses K-S-P yang saya maksudkan di sini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk anda capai. Jadi, inilah juga satu lagi rahsia jualan yang tersembunyi.

Anda perlu lakukan proses K-S-P ini secara konsisten dan persisten. Semakin lama anda berasa di dalam proses K-S-P ini, semakin kukuh anda membina tapak K-S-P anda.

Di sini juga saya seru kepada anda yang ingin membina bisnes internet supaya tidak cuma “hangat-hangat tahi ayam”. Lakukannya secara berterusan walaupun hasilnya sekarang tidak seberapa. 5 atau 7 tahun akan datang, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya dan saya berbesar hati untuk katakan “sama-sama” di atas ucapan “terima kasih” anda kerana artikel ini telah membuka minda anda tentang rahsia kejayaan jualan di internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/vip/dhairaz untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Sunday, June 27, 2010

Buat Domain Sambil Cari Wang Mudah

Assalamualaikum,

Berbagai cara pada masa kini untuk cari wang mudah diantara yang terdapat diyoutube.
Lepas tengok video boleh terus link keCari Wang Mudah

Wasalam.







Monday, June 21, 2010

Rich Dad Poor Dad (Bapa Kaya Bapa Miskin)

Assalamualaikum,

Tajuk diatas adalah buku yang dikarang oleh Robert Koyasuki yang telah dibaca oleh saya.Beliau juga merupakan seorang jutawan.Idea yang diterapkan adalah berdasarkan pengalaman beliau. Cara olahan buku tersebut juga secara bersahaja.

Buku diatas bagus untuk dibaca bagi sesiapa yang sudah ada bisnes atau ingin buat bisnes. Initipatinya dikupas secara mendalam antaranya bagaimana pemikiran orang kaya berbanding dengan orang miskin. Pendidikan anak juga ada ditekankan dalam buku tersebut. Kewangan peribadi juga ada disentuh dalam buku tersebut.

Saya rekomen sesiapa ingin membaca boleh mendapatkannya di kedai buku berhampiran atau Langkah Pertama Jadi Jutawan

Wassalam.


Sunday, June 20, 2010

Projek Pakar Affiliate

Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya telah mencuba satu projek dinamakan Pakar Affiliate yang dianjurkan oleh Zamri Nanyan. Beliau merupakan diantara pakar internet yang tersohor pada masa ini di Malaysia. Saya juga mengesyor sesiapa saja yang berminat agar turut serta dalam projek ini. Tidak rugi kalau melabur untuk ilmu. Satu pelaburan yang berbaloi dari segi ilmu pemasaran internet dan pendapatan passive yang ditunggu-tunggu selama ini. Cepat sebelum projek ini ditutup.

Wasalam.

Tuesday, June 15, 2010

Kerja Sendiri Atau Kerja Dengan Orang?

Kelebihan Kerja Sendiri.(Usahawan)
1. Bebas untuk Buat Keputusan
2. Tidak Terikat Dengan Masa
3. Tanggungjawab sendiri.
4. Wang Sendiri
5. Bebas Kewangan
6. Halatuju ditentukan sendiri


Kelebihan Kerja Dengan Orang (Makan Gaji)
1. Terjamin
2. Gaji Tetap Setiap Bulan
3. Boleh Buat Budget Sendiri Untuk Bulanan
4. Simpanan Tetap Setiap Bulan

Tuesday, June 01, 2010

Benarkah Malaysia Bankrap 2019?

Assalamualikum,

1.Sepatutnya isu ini dibangkitkan setelah kajian terperinci dibuat, setakat hendak beritahu jika subsidi diberikan akan menyebabkan bankrap rasanya ramai orang tidak boleh terima.

2.Sepatutnya beritahu apa langkah-langkah yang patut diambil untuk mengatasinya. Atau isu ini sengaja ditimbulkan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan simpati rakyat "Politacal strategy".

3.Isu ini akan membuatkan kecelaruan minda setiap warga Malaysia. Dimana takut, rasa tak selamat, tiada keyakinan diri dan macam-macam lagi. Peluang begini akan diambil kesempatan oleh pihak kerajaan dan juga pembangkang.

4. Macamana wawasan 2020? Apa benda Malaysia dah buat? Apa halatuju Malaysia untuk 10 tahun akan datang? Macamana Malaysia nak meningkatkan GDP "short term" dan "long term"?. Patutnya perkara ini dipasakkan dalam pemikiran setiap insan di Malaysia, barulah "positive thinking". Ini asyik cerita "negative thinking". Rosaklah pemikiran rakyat.

5. Penerangan pelan secara mudah dan tidak kritikal yang mudah difahami sepatutnya dibentangkan, baik didalam media massa atau ceramah.

6. Subsidi minyak dikatakan paling tinggi Kerajaan kena tanggung. Apa rakyat perlu buat untuk mengurangkan penggunaan minyak? Apakah kenderaan awam sudah mencapai standard yang kita nak? Apa R&D kita buat? Apa alternatif selain minyak? Bio-diesel macamana? Kenderaan akan sentiasa bertambah, itu adalah realiti.

Bertindak sekarang, jangan tangguh lagi.

Saturday, April 24, 2010

Lama Dah Tak Update Blog

Assalamualaikum,

Harini baru terfikir nak update setelah hampir setahun sebulan. Lama tu. Harap harap lepas ni rajin update insyallah.

Tahun ni pelbagai info, gambar akan kita kongsi bersama.