Perjalanan perniagaan yang mantap. Satu persoalan yang nampak mudah tapi perlu diperdalami atau diperhalusi sebaik mungkin. Sebab faktor inilah yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan untuk jangka masa panjang.
Sebagai contoh, Ahmad buka website jual barangan baik fizikal atau digital. Dalam sebulan Ahmad mendapat untung sebanyak RM3000. Setelah beberapa tahun berniaga Ahmad telah jatuh sakit selama 6 bulan. Perniagaannya telah rugi dalam masa dia sakit. Ahmad tidak dapat mengendalikan perniagaannya. Berapa lama perniagaan Ahmad dapat bertahan? Apa yang sepatutnya Ahmad buat untuk mengelak perkara begini berlaku?
Sepatutnya bisnes tetap berjalan lancar.
Masih ramai para peniaga diluar sana yang perlu campur tangan selepas 5 tahun berniaga. Maknanya mereka tidak ada sistem yang konkrit. Kita ambil contoh Mc Donald. Perlu ke tokeh besar pergi tengok setiap outlet mereka. Rasanya tidak perlu sebabnya sudah ada sistem yang mantap.
Macamana nak buat? Setiap perniagaan yang kita buat perlu ada orang "backup" kita, dengan kata lain kita melatih orang lain untuk mengendalikan perniagaan kita mengikut sistem yang kita telah aturkan . Dalam masa yang sama kita bina rangkaian perniagaan kita supaya tidak statik di tahap yang lama semasa kita mula mula bina perniagaan.
Fikirkan untuk "survival" perniagaan anda.
No comments:
Post a Comment