Sunday, May 06, 2012

Menjual Produk Dengan Berjaya

Joe Girard berkata "Nothing happens until something is sold. And nothing is sold until a sale is closed".
Maksudnya: tiada apa-apa berlaku sehingga ada barang/produk dijual. Tiada barang/produk dijual sehingga jualan terjual.
Joe Girard merupakan pemegang rekod Guiness Book Of Record (World's Greatest Salesman) kerana menjual kereta sebanyak 13,000 unit kereta dalam masa 15 tahun.
  Bagaimana beliau berjaya menjual sebanyak 13,000 unit kereta.

 Tiga perkara utama untuk menjual produk dengan berjaya:
1. Mencipta keperluan sesuatu produk
2. Mencipta kehendak menggunakan produk
3. Nilai produk melebihi duit@wang pelanggan

Jika tiga prinsip diutamakan saya yakin sesuatu produk dapat dijual. Kita ambil contoh produk "Apple" ciptaan steve job. Beliau juga telah berjaya menggunakan ketiga-tiga prinsip secara serentak dan mengutamakan kehendak bakal pembeli. Disini timbulnya 'WHY' faktor, kenapa Steve Job mencipta produk-produk tersebut.

Sebelum menjual sesuatu produk/barangan cuba teliti dulu 3 prinsip diatas samada sudah ditepati atau belum,  jka semua ada insyallah  produk/barangan akan dapat dijual dengan berjaya.



Friday, May 04, 2012

Pelan @ Strategi Untuk Mencapai Cabaran 30 Hari

Post hari kedua,

Checklist untuk minggu pertama
4hb - Rangka kerja satu minggu.
5hb - Mengenal pasti produk/affiliate untuk dilancarkan
6hb - Cara pembayaran samada maybank2u atau paypal.
7hb - "Sales page" yang terbaik untuk dilancarkan
8hb- Promosi dimulakan dengan membuka blog dengan keyword yang sesuai. Facebook/twitter juga akan digunakan.
9hb -Join forum untuk naikkan rating.




Thursday, May 03, 2012

Cabaran Tiga Puluh Hari

Assalamualaikum,

Post kalini lain sikit sebab:
1. Matlamat cabaran 30 hari bermula pada harini untuk menjana pendapatan pasif sebanyak USD2,000 pada hari terakhir 30 hari bertarikh 2/6/2012.

2. Mengguna segala pengetahuan berkenaan" internet marketing" untuk diimplementasikan.

3.  Plan/strategi akan dirangka sebaik mungkin supaya mencapai cita-cita @ matlamat yang telah ditetapkan.

4. Menggunakan modal yang minimum

5. Membina rangkaian termasuk facebook, linkedin, twitter dan juga email.

6. Untuk membuktikan pada diri sendiri bahawa dalam masa 30 hari boleh dapat pendapatan USD2,000.