Wednesday, December 31, 2008

AZAM TAHUN 2009

Assalamualaikum,

Dah lama juga saya tak update blogni tapi takpe. Pada tahun 2009 saya berazam untuk komited dengan blog saya dan akan mengutarakan pandangan saya mengenai kewangan dan berkongsi idea dengan pembaca blok saya tidak kira apa jua pandangan. Terima kasih kepada sesiapa saje yang membaca blogni.

Saturday, October 11, 2008

Kesan Penurunan Harga Sawit Kepada Peneroka.

Assalamualaikum.



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.



Situasi sekarang makin rumit, dimana pasaran saham semakin merudum dan pasaran harga sawit mentah juga turut mengikut harga minyak mentah duniadan harga terbaru sehingga 10hb Nov 2008 ialah pada RM 1899 p/mal (Okt 08), sila rujuk http://econ.mpob.gov.my/upk/daily/20081009latest.htm. Terdapat pandangan penganalisis mengatakan harga mengikut penurunan permintaan biofuel, dimana menurun mengikut harga minyak mentah dunia.Untuk makluman biofuel digunakan sebagai alternatif minyak mentah. Selalunya biofuel didadapati dari minyak sayuran atau veg. oil termasukjuga minyak sawit. Negara-negara maju di Jepun, Eropah dan US permintaan menurun untuk biofuel dan kadar eksport produk minyak sawit Malaysia juga menurun 15.75% dari 400977 ton ke 338070 ton sila rujuk http://www.mpoc.org.my/ .


Di Malaysia, penduduk luar bandar kebanyakkannya adalah peneroka Felda, Felcra atau persendirian telah mengalami impak secara terus dari penurunan harga sawit. Jika sebelum ini pendapatan mereka mungkin RM 3000/ sbln mengikut usia pokok tapi pada masa mendatang mungkin pendapatan mereka keparas RM1000/sbln atau bawah lagi. Dangan pendapatan yang rendah mungkin mereka menghadapi kesulitan untuk berbelanja.
Cara yang dapat difikirkan pada masa ini ialah peneroka perlu mula menanam sayuran dipersekitaran rumah, ternak ayam kampung, itik dan macam-macam lagi untuk mencari pendapatan tambahan.

Ternakan secara integrasi seperti ternakan lembu dibawah pokok sawit dapat diusahakan tapi semoleknya buat secara berkumpulan sebagai contoh 5-10 org atau lebih mengikut keluasan kawasan. Secara tidak langsung kos merumput dan membaja dapat dikurangkan. Atau dengan kata lain lagi banyak lembu lagi banyak kos dapat dijimatkan.

Satu produk satu kampung atau blok perlu disemaikan semula sebagai tanam cendawan untuk dieksport, kerepek ubi, kicap, kraftangan dan sebagainya, janji buat duit. DiThailand usaha ini telah lama dibuat dan ini memberi manfaat kapada penduduk setempat.

Kesemuanya idea-idea diatas bergantung kepada peneroka disatu-satu tempat, terpulang kepada pengurusan masing-masing untuk memikir alternatif yang sesuai. Yang paling penting dapat menambah pendapatan peneroka.

Wednesday, September 24, 2008

5 Cara Untuk Pendapatan Tambahan

Assalamualaikum,

Pada masa ini ramai orang membicarakan keperluan untuk mencari pendapatan tambahan. Kenapa?
Mungkin antaranya perbelanjaan harian meningkat, gaya hidup mewah dan macam - macam lagi alasan.
Terdapat berbagai-bagai cara untuk mencari pendapatan tambahan:

1. Berniaga.
  • Berniaga secara fizikal. Berniaga dipasar malam menjual roti john, mee goreng, menjual kain dan berbagai lagi.
  • Berniaga secara internet. Menjual barang-barang dalam internet. Dalam berniaga internet ada 2 kategori fizikal dan digital. Barangan fizikal ialah barang-barang yang boleh dipegang, contohnya barangan komputer. Barangan digital ialah barang-barang tidak dapat dipegang, contohnya e-book.

2. Menjual servis.

Jangan salah faham! maksud saya memberi servis atau nasihat kepada pelanggan mengikut profesionalism masing-masing, contoh khidmat guaman, klinik, kidmat akauntan dan pelbagai konsultan termasuk melalui internet.

3. Perniagaan Tani

Menternak lembu, kambing, ayam, puyuh dan kemudian memasarkannya di pasaran domestik atau antarabangsa bergantung kepada keupayaan individu atau syarikat. Mungkin ternak cacing, tanam cili, cendawan dan usaha tani yang lain.

4. Pendapatan Royalti.

Dengan menulis novel, buku ilmiah yang berkualiti, pihak penerbit buku memberi RM royalti hasil jualan buku yang dijual oleh mereka. Makin banyak jualan makin tinggi RM royalti yang kita dapat.

5. Pelaburan

Ada berbagai cara pelaburan antaranya hartanah, unit trust, simpanan tetap, ASB tapi cuba elakkan skim cepat kaya. Selalunya pelaburan adalah pendapatan jangka masa yang panjang.

Walau apa cara pendapatan tambahan saudara/i pilih bergantung kepada matlamat masing-masing. " Tidak Akan Berubah Sesuatu Kaum Melainkan Dia Sendiri Merubahkannya"

Sunday, September 21, 2008

Impak Pasaran Saham Kepada kita

Assalamualaikum,

Sebelum kita bincang lebih lanjut mengenai pasaran saham. Saudara/i tahu apa definasi pasaran saham? Pasaran saham ialah pasar untuk perdagangan saham perusahaan yang dipegang umum dan alat kewangan yang berhubungan ( termasuk pilihan saham, pertukaran dan masa hadapan indeks saham). Definasi ini saya petik dari www. wikipedia.org.

Apa impak pasaran saham kepada kita ? Impak ada yang positif dan negatif bergantung kepada keperluan/pekerjaan kita. Baru-baru ini saham perladangan mengalami penurunan sebagai contoh saham Tradewinds Plantation Bhd dimana mengalami penurunan dari Bulan May (Tertinggi) RM 5.40 sehingga bulan September RM3.10 (Sila rujukhttp://www.twinds.com.my/investor-share-analysis.php) Pada pandangan saya saham ini mengikut pasaran komoditi cpo dimana mengalami penurunan dari RM4000/mt ke RM2500mt baru-baru ini.
Impak positif pada pengguna minyak masak akan mengalami penurunan harga oleh itu mereka dapat membeli minyak masak yang murah sedikit, walaubagaimanapun pada pekerja ladang akan mengalami penyusutan sedikit gaji mereka kerana gaji mereka mengikut harga CPO yang diperdagangkan. Kemungkinan pekerja ini akan mengurangkan perbelanjaan mereka, ini akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara.
Pada ketika ini pasaran saham dunia mengalami penyosotan, secara tidak langsung negara kita turut mengalami keadaan yang sama kerana dagangan kebanyakkan dibuat dengan menggunakan USD dan saya rasa impak positif atau negatif bergantung kepada kita, tapi yang paling penting bagaimana kita mengambil peluang dari kejatuhan pasaran saham. Mungkin pada masa ini adalah peluang membuat bisnes atau pelaburan$$$$$$$.
Jika saudara/i ada komen terhadap post ini bolehlah berbuat demikian dibawah.

Thursday, September 18, 2008

Bajet Kewangan Perbadi 2009 (2)

Assalamualaikum,

Bertemu lagi dalam sambungan perbincangan dalam post yang lepas, kita memperkatakan tentang harga minyak mentah dan harga minyak masak yang sepatutnya menurun mengikut perkadaran tetapi sehingga kini tidak turun dengan banyak. Bajet kita belum bincang lagi sebab faktor-faktor yang memberi impak kepada bajet kita tengok dulu.


Adakah inflasi juga mempengaruhi kehidupan harian kita? Apa itu inflasi?Inflasi dalam ertikata yang paling mudah ialah peningkatan tahap kenaikan harga barang atau servis dalam satu tempoh masa. Terdapat beberapa teori yang memperkata tentang inflasi, antara monetrism dan keynesian. (Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Inflation#cite_note-0).

Tapi yang penting disini macam mana boleh berlaku peningkatan inflasi. Di Malaysia kadar inflasi dalam lingkungan 7%-8%. Tiga faktor yang mempengaruhi ialah:
1. Kos pengeluaran barang tinggi. Macamana ini berlaku, upah tinggi untuk membuat produk barang atau servis. Oleh itu majikan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna atau pelanggan.

2. Permintaan melebihi penawaran. Kita ambil contoh terdekat minyak petrol/diesel. Jika pengeluar menyekat pengeluaran minyak ini menyebabkan permintaan jadi berlebihan atau pengguna kereta bertambah jadi minyak petrol/diesel yang banyak diperlukan. Ini menyebabkan harga minyak naik.

3. Import barangan. Malaysia perlu mengeluarkan duit lebih untuk membeli barangan import. Sebagai contoh satu handphone USD 300, kita perlu membayar USD300 x RM3.50= RM1050. Untuk USD 1 rakyat Malaysia perlu membayar RM3.50 atau mungkin lebih bergantung kapada tukaran duit semasa.

Post yang akan datang kita akan bincang impak pasaran saham pada ekonomi negara dan yang paling penting kita.

Jika saudara/saudari ada komen tentang post ini samada setuju atau tak setuju bolehlah komen dibawah.

Monday, September 15, 2008

Bajet Kewangan Perbadi 2009

Assalamualaikum,

Mengenai tajuk diatas, berikut adalah penulisan perspektif saya. Dijangkakan minyak dunia akan stabil dalam kadar USD 100-110 dan mungkin menurun bergantung kepada beberapa faktor penawaran dan permintaan termasuk cuaca dan peperangan. Pada mesyuarat OPEC baru-baru ini mereka bersetuju untuk mengekalkan pengeluaran minyak, sila rujuk http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Ekonomi/20080910100002/Article/. Selagi faktor-faktor dalaman dan luaran dalam lingkup ekonomi stabil saya fikir minyak tidak akan naik begitu ketara.

Oleh itu barang keperluan harian sepatutnya telah turun mengikut perkadaran harga minyak dunia yang turun tapi sehingga kini tak turun lagi?????????????

Dijangkakan juga minyak masak (sawit) akan turun pada masa yang mendatang dimana harga minyak mentah sawit dilingkungan RM2500 setan berbanding RM 3000-4500 setan, sila rujuk http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Ekonomi/20080913010324/Article/
Walaubagaimanapun kita perlu peka pada kedudukan kewangan kita pada masa akan datang dan perlu ambil langkah-langkah yang wajar agar tidak mengalami kesulitan kelak.
Nanti saya akan terangkan lebih lanjut pada post yang akan datang apa langkah-langkahnya.

Saturday, September 13, 2008

5 Cara Mudah Untuk Menyelesaikan Hutang

Assalamualaikum,

Kebanyakkan orang membuat hutang termasuk diri saya sendiri tapi cara kita menguruskan hutang lebih penting supaya tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga. Dibawah ini ada 5 cara mudah untuk menyelesaikan hutang yang ingin saya kongsikan bersama:

1. Disiplin

Tanamkan niat,tekad atau matlamat dalam diri kita untuk menyelesaikan hutang secepat mungkin supaya tidak membebankan dimasa akan datang. Dalam Islam juga menyeru agar jika kita berhutang hendaklah diselesaikannya secepat mungkin sebab kita tak tahu bila akan mati. Oleh itu hendaklah kita mendisiplinkan diri kearah itu walaupun terpaksa ikat perut sikit.

2. Keutamaan

Utamakan pembayaran hutang yang mempunyai faedah yang tinggi sebagai contoh hutang kad kredit atau along ( kalau boleh cuba elakkan dari hutang dengan along). Dengan kata lain utamakan yang perlu dibayar dulu.

3. Peruntukkan

Tiap-tiap bulan perlu ada peruntukkan untuk membayar hutang samaada hutang peribadi, kereta atau rumah. ( contoh: RM200 - kad kredit, RM 400- kereta dan RM 300-rumah. Jumlah keseluruhan RM900) Peruntukkan dibuat hendaklah melebihi hutang RM 1000 keatas. Bayar hutang lebih jika mampu.

4. Paradigma

Tukar hutang menjadi pendapatan, sebagai contoh hutang rumah RM500. Sewakan rumah tersebut RM600 (lebihan RM100 jadikan pendapatan dan RM500 hutang dibayar oleh penyewa rumah) Tuan rumah cari rumah sewa lagi murah atau beli rumah dengan ansuran lebih murah.

5. Berhenti Buat Hutang Yang Menyusahkan

Jangan tambahkan lagi hutang atau dengan kata lain menambahkan pening kepala, tapi buat hutang jika mendatang wang lebihan kedalam poket kita sebagai contoh hutang dalam pelaburan hartanah.

Selamat mencuba.

Saturday, September 06, 2008

Perlindungan Kewangan 2


Assalamualaikum,


Selamat menjalani ibadah puasa, bagi yang puasa. Hari ini kita sambung cerita pasal insuran.

Setiap orang didunia ini yang berfikiran waras tidak ingin berlaku sesuatu yang tidak baik atau bencana kepada diri atau keluarga.

Didalam islam sendiri kita digalakkan berdoa agar dijauhi segala bala bencana dan kita juga hendaklah percaya kepada qada' dan qadar.

Kita sebagai seorang insan yang mulia didunia perlu untuk berusaha mengurangkan bebanan terhadap keluarga kita dengan mengambil insuran. Jikalau tidak yakin dengan insuran conventional bolehlah ambil insuran takaful yang mengikut lunas islam.
Wasalam.

Sunday, August 24, 2008

Perlindungan Kewangan

Assalamualaikum,

Hari ni kita share idea macamana nak lindungi diri,keluarga dan kewangan. "Insuran".

Masih ramai diluar sana alpa tentang insuran. Kepentingan insuran diantaranya:
1. Jika berlaku kemalangan kepada diri @ keluarga, pihak insuran akan membantu kita terutamanya dari segi kewangan semasa kita tidak bekerja.
2. Salah satu perancangan kewangan.

Oleh itu hendak atau tak nak, insuran tidak boleh diketepikan terutamanya apabila betul-betul terdesak handak mengguna wang. Jika berlaku apa-apa kepada diri kita, keluarga kita masih mempunyai wang @ harta untuk meneruskan kehidupan.

Selamat membeli insuran.

Wassalam.

Friday, August 08, 2008

Merancang Kewangan 4

Assalamualaikum,

Macam mana nak merancang duit minyak kereta atau tambang perjalanan tempat kerja??????
Ok.

Harini saya share macam mana saya peruntukkan duit minyak kereta. Biasanya kita pergi kerja hanya ikut jalan yang sama pergi dan balik. Cuba anda catatkan duit@wang yang digunakan untuk perjalanan tersebut samada naik kereta atau bas dalam masa seminggu. Contohnya RM100.00 seminggu, jadi satu bulan akan jadi RM400. Masukkan budget anda untuk bulan depan RM400 dan disiplin diri kita supaya duit RM400 hanya digunakan untuk minyak kereta atau tambang perjalanan. Insyallah dengan cara ni kita dapat mengawal kewangan kita.

Jika merasakan budget tersebut tinggi cari alternatif lain seperti car pool atau menunggang motosikal dan macam-macam cara lagi. Yang penting kita menggunakan kebijaksanaan untuk mengatasi masalah.

Monday, July 28, 2008

Kewangan Peribadi 5

Assalamualaikum,

Bila difikirkan atau direnungkan macamana orang buat duit banyak atau kaya? Satu soalan yang sering bermain dikepala ramai orang????? Pada pandangan saya mereka yang pandai buat duit, maksud saya secara halal ialah mereka yang mempunyai kemahiran pengurusan kewangan peribadi yang mantap. Dan yang paling penting ialah keyakinan pada diri sendiri.

Kebanyakan orang masih tercari-cari dan tidak pasti halatuju atau salah panduan sehingga melibatkan diri dengan skim cepat kaya atau piramid dan macam-macam lagi. Tapi kita kena ingat usaha dulu termasuk belajar, seminar atau cari mentor.

Kalau gagal takpe, itu satu pelajaran yang paling baik untuk kita. Usaha dan terus berusaha.

Sunday, July 27, 2008

Merancang Kewangan 3


Assalamualaikum,


Sekali-sekala teringin nak melancong atau pergi" jalan makan angin". Nak buat perkara ini mungkin melibatkan kos tinggi bagi pendapatan rendah dan sederhana.

Hari ini kita share macam mana nak mengurangkan kos melancong. Ajak kawan- kawan (lagi ramai lagi bagus) kemudian cari package yang buat promotion. Termasuk perjalanan, penginapan, makan dan minum. Dalam 30-40 orang, macam pergi rombongan mak minah atau mak senah.

Saya percaya cara ini lebih menjimatkan dan lebih enjoy berbanding pergi secara bersendirian atau dengan keluarga sendiri.

Selamat mencuba.

Monday, July 21, 2008

Merancang Kewangan 2

Assalamualikum,

Hari ini kita utarakan pendapat Robert Kiyosaki dalam buku dia bertajuk Rich Dad Poor Dad. Dalam buku tersebut ada mengatakan bahawa rumah yang dibeli untuk diduduki adalah 'liability' dan bukan 'aset'. Maksudnya yang saya faham ialah dari segi aliran tunai kita perlu keluarkan duit untuk membayar ansuran kebank. Ini akan mengurangkan duit yang kita ada dalam poket. Jika rumah itu disewakan, duit orang bayar sewa, selepas bayar ansuran dan lebihan sewa tersebut akan masuk poket kita. Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut bacalah buku tersebut dan selepastu mungkin kita boleh berdiskusi dengan saya. Email saya dhairaz@gmail.com.

Sunday, July 13, 2008

Merancang Kewangan

Assalamualaikum.

Untuk bulan Ogos akan datang kita perlu merancang kewangan dari sekarang apa yang perlu kita belanja pada bulan depan. Sebagai contoh bayar road tax, insuran termasuk bayar ansuran, belanja dapur dan sebagainya.
Untuk peringatan, perancangan kewangan mesti dibuat setiap tahun dari bulan Jan-Dec. Dari sini kita mengetahui aliran tunai kita pada tahun yang dibuat. Untuk tahun depan kita boleh merancang dari sekarang apa yang kita nak masukkan perbelanjaan dan pendapatan supaya perjalanan kewangan kita lebih terancang.

Thursday, July 10, 2008

Kewangan Peribadi 4

Assalamualaikum,
Masalah duit tak cukup hujung bulan? Hutang banyak atau pendapatan tak cukup menampung perbelanjaan? Takpe harini kita cerita macamana nak kurangkan masalah hutang.
Dah buat hutang mesti dibayar. Hari pertama dapat gaji, peruntukkan gaji yang ada untuk bayar hutang dahulu. Kalau ada lebih bayar lebih. Penstrukturan semula hutang dengan bank juga dapat dibuat dengan mengadakan rundngan terus dengan pihak bank.
Jika tak dapat selesaikan masalah hutang juga gunakan cara cari pendapatan sampingan. Gunakan kelebihan yang anda ada untuk menjana pendapatan sebagai contoh: kalau pandai buat kuih(jual kuih), pandai kraftangan(jual kraftangan) yang penting cuba dan terus mencuba walaupun gagal. Jual dalam internet pun boleh macam www.ebay.com.my atau www.lelong.com.my Setidak-tidaknya kita mencuba.

Sunday, July 06, 2008

Kewangan Peribadi 3

Assalamualaikum,

Biasanya hujung minggu kita membeli-belah untuk keperluan dapur. Ok, tips yang ketiga ialah mengawal perbelanjaan @ orang panggil perbelanjaan berhemah.
Sebelum pergi "shopping" buat list yang perlu untuk dibelanjakan. Disiplinkan diri membeli ikut list yang telah dibuat dan cuba elakkan dari membeli yang tidak perlu.
Nampak macam senang tapi sebenarnya susah. Takpe yang penting ada keyakinan diri.
Selamat mencuba.

Friday, July 04, 2008

Kewangan Peribadi 2

Assalamualaikum,

Ok, sambungan dari tips pertama, tips yang seterus untuk kewangan peribadi. Kategorikan perbelanjaan mengikut keutamaan dari ranking A ke E. Sebagai contoh, A. sarapan pagi, makan tengahari (makan). B. beli pakaian dan yang E perbelanjaan yang tidak ada faedah. Cth beli rokok. Dari kategori yang dibuat, kita dapat kenalpasti yang mana tidak perlu dibelanjakan. Jangan khuatir ini hanya permulaan perancangan perbelanjaan. Selamat mencuba.

Wednesday, July 02, 2008

Kewangan Peribadi

Assalamualaikum,

Rasanya nak bagi tips sikit pasal kewangan pada masa kini. Harini kita cerita bagaimana nak kawal kewangan:

Mula-mula cari buku @ diari, catit perbelanjaan untuk setiap pembelian/belanja. Kategorikan mengikut keperluan.

Dari catitan perbelanjaan kita dapat mengetahui yang mana perlu atau tidak. Oleh itu kita dapat mengawal kewangan kita. Nampak macam senang dan saya yakin kita dapat melakukannya.

Selamat mencuba.