Sunday, August 05, 2012

Kenapa Kerajaan Membazir Banyak Wang?

 Sebagai contoh  memberi BR1M, subsidi tayar dan pelbagai insentif. Ini semua menyebabkan rakyat Malaysia makin kurang berusaha kerana hanya mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata. Sepatutnya kerjaan mengajar rakyat "memancing ikan bukannya memberi ikan".
 Artikel harini tidak memihak mana-mana parti politik, ianya hanya cetusan minda saja. Artikel ini juga tidak bermaksud kerajaan tidak perlu memberi bantuan kepada rakyat.

Pada ketika ini  GDP Amerika Syarikat hanya 1.5% dan kadar penggangguran sebanyak 8.2% . Indikator ini menunjukkan keadaan ekonomi AS makin meruncing. Sepatutnya kerajaan kita berfikir atau bertindak secara rasional untuk membendung ekonomi negara kita supaya tidak terancam dimasa akan datang. Kita tidak tahu bagaimana kerajaan menggunakan dana untuk membiayai "perkara tadi". Pandangan ini berdasarkan dimana jika US gawat, kita pun akan gawat.

Jadi kita sebagai rakyat biasa apa yang perlu yang kita buat untuk perbaiki taraf hidup kita.Perkara yang paling utama ialah tingkatkan Pengetahuan Kewangan.