Sunday, January 18, 2009

Rangsangan Ekonomi.

Assalamualaikum,

Baru-baru ni TPM Malaysia telah mengumumkan peruntukkan RM 7 billion untuk rangsangan ekonomi. Bolehlah muat turun rangsangan ekonomi yang kerajaan rancangkan dihttp://www2.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/pakej_rangsangan_ekonomi.pdf

Harap-harap perlaksanaannya dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Menteri perusahaan dan komoditi juga ada mengumumkan penggunaan biodiesel untuk kenderaan kerajaan bagi merangsangkan harga sawit bermula pada bulan Februari tahunni.
Pada minggu ni harga sawit juga sudah mula nampak peningkatan dimana melebihi RM1800/mt cpo. Sesiapa berminat boleh merujuk di www.mpoc.org.my diruangan news.

Selamat berfikir.

Sunday, January 11, 2009

Kenapa bila ekonomi Amerika merudum kita turut merudum?

Assalamualaikum,

1.Pada pendapat saya Malaysia banyak bergantung hasil export/import menggunakan matawang Amerika(USD). Oleh itu implikasi matawang turun-naik juga ikut USD. Kita ambil satu contoh mudah, harga minyak mentah yang dieksport pada pertengahan tahun 2008 harga tinggi mencecah USD 100 setong. Oleh itu keuntungan juga tinggi ( ini pengiraan mudah untuk orang kebiasaan). Akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009 ada rugi sikit sebab harga murah bawah USD 50 setong.

Begitu juga barangan elektronik dan barangan lain yang bergantung dengan matawang USD.

Macamana kita nak kurangkan kebergantungan kita ni kepada Amerika? Boikot barangan mereka? Tepuk dada tanya selera. Kalau tak bersedia jangan buat. Kita boikot barang mereka lepastu dia tak nak beli barang kita. Macamana!!!!!!!!! Dah bersedia.

Kalau nak buat sesuatu jangan emosi, fikir dulu sebelum buat apa-apa. Ini melibatkan rakyat Malaysia keseluruhan.

Antara strategi yang boleh difikirkan bersama.

1. Buat satu matawang yang stabil, dikalangan Asean cari matawang yang stabil atau buat matawang sendiri. Contoh macam matawang Euro.

2. Kukuhkan ekonomi sendiri- Malaysia. Dikatakan sektor pertanian dapat mengukuhkan ekonomi. Tapi bila beras takde mula kelam kabut, kena beli dari luar. Beli dengan harga mahal. Siapa susah? Sendiri le jawap.
Semua benda kita kena plan/rancang. Kalau dah berusaha tak menjadi takpe. Serah pada takdir. Usaha lagi baru betul. Ni cakap aje. Tanam padi nak buat 5kali setahun. Jadi ke?
Macamana sektor penternakkan,tiap-tiap kali musim korban lembu kena import juga.

3. Sumber asli dan tanah yang subur, jadi rakyat Malaysia kita patut bersyukur sebab dikurniakan dengan sumber asli yang banyak dan tanah yang subur. Gunakan lah sumber yang ada dan jaga harta kita dengan sebaik mungkin serta tak membazir.

4. Asas ekonomi ialah permintaan dan penawaran. Ini memerlukan strategi jangkamasa panjang dan berterusan termasuklah pemasaran, jualan dan kewangan. Yang ni ramai orang boleh fikir, jangan fikir untuk kenyang diri sendiri sudah. Yang susahnya nak laksanakan. Sebabnya ramai pandai cakap dari buat kerja. Sendiri mau ingat.

Dah mantap semua ni barulah buat apa-apa yang kita suka sebab ekonomi kita dalam kawalan kita sendiri. Ini ekonomi sendiri bergantung pada Amerika, cakap bergegar.

Sunday, January 04, 2009

Bila kegawatan ekonomi akan berakhir?

Assalamualaikum,

Persoalani ni selalu bermain dibenak pemikiran kebanyakkan orang termasuk pemimpin kita. Sebab bila gawat, buat duit pun kurang. Potong overtime, potong gaji, kena diberhentikan kerja dan macam - macam masalah.

Bila nak tamat gawat??????????

Macam-macam pendapat antaranya:
1. Di Malaysia tahun 2009 baru betul-betul gawat, indicatornya pemberhentian pekerja secara berperingkat atau kadar pengganguran makin bertambah, kadar faedah dibank naik, pasaran saham tak naik-naik lagi, harga minyak mentah sawit terus berada diparas bawah RM2000 dan harga barang harian tak turun-turun.

2. Di Amerika bail out telah dimula kepada industri Kewangan dan kenderaan, tapi tanda - tanda nak pulih akan mengambil masa mungkin 1, 2, 3 tahun. Kita pun tak tahu.

3. Industri sawit mungkin akan pulih sedikit berikutan fenomena El-Nina yang dijangka bulan Apr-May09, ini akan meyebabkan minyak soya akan naik harga. Oleh itu kebiasaannya minyak mentah sawit akan turut menaik.

Kita masih tak tahu bila akan pulih ???????

Bagaimana kita nak pulih kegawatan ni?

1. Perancangan.
Perancangan datang daripada kita sebab kita boleh mengawal kewangan kita bukannya orang lain. Sokong kewangan dan insuran yang berlandaskan syariah. Sebabnya kewangan dan insuran islam tidak terlibat dengan riba atau dari segi konventionalnya faedah atau interest.

2. Ambil Kesempatan Dengan Kegawatan.
Kalau kita diberhentikan kerja atau tak dapat buat OT, inilah kesempatan yang baik untuk kita untuk meniaga sebab sebelum ni kita tak dapat nak meniaga sebab mungkin komited dengan kerja atau sebagainya. Buat e-book dengan perkara yang kita suka kemudian pasarkan dalam perniagaan internet. Macam- macam perkara lagi yang kita boleh buat untuk menjana pendapatan. Yang paling penting jangan putus asa.

3. Bentuk Komuniti terbuka

Bentuk komuniti yang boleh membantu antara satu sama lain termasuk dari segi ekonomi, moral dan sebagainya. Sebab seseorang itu tidak akan berjaya jika hanya dia seorang yang berjaya. Sebagai contohnya buat satu koperasi atau persatuan dimana semua ahli-ahli terlibat dan bukannya hanya seorang dua sahaja untuk menjayakan satu-satu projek. Barulah sama-sama berjaya.