Assalamualaikum,
Persoalani ni selalu bermain dibenak pemikiran kebanyakkan orang termasuk pemimpin kita. Sebab bila gawat, buat duit pun kurang. Potong overtime, potong gaji, kena diberhentikan kerja dan macam - macam masalah.
Bila nak tamat gawat??????????
Macam-macam pendapat antaranya:
1. Di Malaysia tahun 2009 baru betul-betul gawat, indicatornya pemberhentian pekerja secara berperingkat atau kadar pengganguran makin bertambah, kadar faedah dibank naik, pasaran saham tak naik-naik lagi, harga minyak mentah sawit terus berada diparas bawah RM2000 dan harga barang harian tak turun-turun.
2. Di Amerika bail out telah dimula kepada industri Kewangan dan kenderaan, tapi tanda - tanda nak pulih akan mengambil masa mungkin 1, 2, 3 tahun. Kita pun tak tahu.
3. Industri sawit mungkin akan pulih sedikit berikutan fenomena El-Nina yang dijangka bulan Apr-May09, ini akan meyebabkan minyak soya akan naik harga. Oleh itu kebiasaannya minyak mentah sawit akan turut menaik.
Kita masih tak tahu bila akan pulih ???????
Bagaimana kita nak pulih kegawatan ni?
1. Perancangan.
Perancangan datang daripada kita sebab kita boleh mengawal kewangan kita bukannya orang lain. Sokong kewangan dan insuran yang berlandaskan syariah. Sebabnya kewangan dan insuran islam tidak terlibat dengan riba atau dari segi konventionalnya faedah atau interest.
2. Ambil Kesempatan Dengan Kegawatan.
Kalau kita diberhentikan kerja atau tak dapat buat OT, inilah kesempatan yang baik untuk kita untuk meniaga sebab sebelum ni kita tak dapat nak meniaga sebab mungkin komited dengan kerja atau sebagainya. Buat e-book dengan perkara yang kita suka kemudian pasarkan dalam perniagaan internet. Macam- macam perkara lagi yang kita boleh buat untuk menjana pendapatan. Yang paling penting jangan putus asa.
3. Bentuk Komuniti terbuka
Bentuk komuniti yang boleh membantu antara satu sama lain termasuk dari segi ekonomi, moral dan sebagainya. Sebab seseorang itu tidak akan berjaya jika hanya dia seorang yang berjaya. Sebagai contohnya buat satu koperasi atau persatuan dimana semua ahli-ahli terlibat dan bukannya hanya seorang dua sahaja untuk menjayakan satu-satu projek. Barulah sama-sama berjaya.
No comments:
Post a Comment