Sunday, June 17, 2012

Adakan Kejatuhan Ekonomi Dunia Memberi Impak Kepada Malaysia?

Ekonomi dunia semakin merudum dengan merujuk kepada beberapa maklumat atau data yang menjadi  penentu ekonomi. Eksport dan import Malaysia masih lagi berdasarkan USD. (Sekarang kadar RM 1 kepada USD 3.16).  http://www.bharian.com.my/articles/EksportMalaysiameningkat9peratus/Article/.

Ekonomi Eropah juga  goyang dimana  ekonomi Greek telah jatuh dengan teruk, kadar penganguran semakin meningkat, tarif elektrik telah dicatu dan nilai matawang juga menurun dengan teruknya, Berita terbaru:  seorang anak yang berumur 60 tahun seorang pemuzik dan ibunya berumur 91 tahun telah membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima akibat kekangan kewangan yang meruncing . Begitu juga di Sepanyol kadar pengangguran meningkat sehingga 24%. Itali, German, Switzerland telah mengeluarkan arahan berhati-hati dengan faktor-faktor penyebab kejatuhan ekonomi.

China juga telah menghentikan pembinaan mega dibandar-bandar besar seperti di Shanghai dan Peking. Jika pembinaan mega dihentikan maka pengangguran juga akan meningkat. Perbelanjaan seisi rumah juga menurun sebab tiada pekerjaan.

Malaysia akan menerima impak secara langsung dari segi penurunan peratus eksport dan import akibat  kejatuhan ekonomi  Eropah dan China. Barangan buatan dan komoditi mungkin akan menurun seperti alatan elektronik dan  bijih besi. Walaubagaimanapun minyak mentah petroleum mungkin tidak akan tergugat sebab minyak akan digunakan selagi manusia menggunakan kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel.