Sunday, March 22, 2009

3 Strategi Utama Untuk Tingkatkan Kadar Perahan Minyak Sawit


Assalamualaikum,

Dibawah merupakan strategi untuk meningkatkan kadar perahan minyak sawit:

1. Kutip biji lerai yang bersih sekurang-kurangnya 8% dari berat tandan masak. Lagi banyak biji lerai lagi bagus.

2. Potong tandan masak dengan 5 biji terpisah dari tandan. ( Diatas tanah). Pastikan qualiti buah sentiasa baik.

3. Hantar buah tandan masak dalam masa 24 jam kekilang sawit. Pengurusan pengangkutan penting untuk memastikan buah dapat dihantar dengan segera.
▌▌ Bebas Kewangan

Sunday, March 08, 2009

Bagaimana Keadaan Industri Sawit?

Assalamualaikum,

Baru-baru ini didapati minyak sawit dipasaran komoditi menunjukkan kenaikan sedikit disekitar dari RM 1800permiyak mentah sawit(cpo) ke RM2000. Ini menunjukkan pelabur mulai yakin akan industri minyak sawit.

Antara faktor yang boleh dikaitkan dengan petunjuk diatas ialah jumlah keluaran sawit dalam negara mulai menurun dan juga strategi MPOB yang melancarkan penggunaan biodiesel dalam badan kerajaan.

Sekarangini didapati kebanyakkan ladang mengalami penurunan pengeluaran buah sawit berbanding pada akhir tahun 2008. Mungkin faktor cuaca panas mempengaruhi pengeluaran bunga betina untuk mengeluarkan buah.

Dari segi kos pengeluaran, ada sedikit penurunan kerana harga baja turun sedikit begitu juga harga racun rumpai. Kos pengeluaran berada disekitar RM1600- RM1700percpo.

Jika harga pasaran berada dilingkungan RM1900 percpo industri sawit akan mendapat keuntungan sebanyak RM200-RM300 percpo.

Antara strategi yang boleh difikirkan pada masa sekarang ialah meningkatkan OER (kadar perahan minyak) dari 21% ke 22%. Ini kerana dengan kenaikkan 1% akan memberikan RM1900
permetrik ton.

Nanti kita sambung macam mana nak naikkan OER.


Wasalam

Click sini untuk buat duit:
http://www.yourfxguides.com/

Saturday, February 28, 2009

Benarkah emas satu pelaburan bijak pada masa kini?

Assalamualaikum,

Pada masa ini ramai orang mencadangkan agar melabur dalam bentuk emas atau pelaburan bersandarkan komoditi emas. Ini kerana kebanyakkan orang berpendapat emas lagi stabil dari wang tunai.

Kebanyakkan bank ada menyediakan akaun bank bersandarkan turun naik harga emas harian, sebagai contoh maybank. Persoalannya adakah pelaburan emas satu tindakan bijak?

Saya merujuk kepada www.goldprice.org, diruangan Franklin Sanders harga berada disekitar USD 900-USD 1000 perounce. Kalau ditukarkan ke gram USD 29 atau RM104 (USD1 =RM3.60). Pada tahun 1999 harga berada disekitar USD 300 perounce dan pada tahun 2009 harga telah mencecah USD 1000 perounce peningkatan sebanyak USD 700 perounce. Jika kita ada 10 ounce emas pada tahun 1999 dengan kos USD300@RM3.60 x 10= 10800. Saya ingat kalau masa sekarang pelaburan emas tadi telah menjadi USD 1000@RM3.60 x 10= RM36000. Ini menunjukkan 30% untung setiap tahun. Satu pelaburan yang bijak utuk jangkamasa panjang jika dibandingkan dengan pelaburan simpanan tetap ( 10% paling tinggi jika ada)

Saya pernah terbaca buku Hot Commodities dikarang oleh Jim Rogers ( pakar Komoditi), didalam buku beliau menceritakan dia tidak berapa berminat untuk buat pelaburan komoditi emas dan hanya 3% komoditi emas didalam Rogers International Commodity Index. Beliau juga berpendapat pelabur emas selalu mengabaikan permintaan dan penawaran dan sejarah menunjukkan emas bukanlah satu pelaburan yang bagus.

Jika kita melabur sekarang macamana 10 tahun lagi adakah harga akan menjadi USD3000perounce. Kalau kita lihat sejarah 30 tahun dulu harga paling tinggi hanya ditahun 1980an tidak melebihi USD 700perounce dan tahun-tahun berikut disekitar USD500perounce sehingga tahun 2007 ada peningkatan ke arah USD700perounce keatas.

Macamana nak melabur emas tak???????

Wasalam.

Monday, February 09, 2009

Kestabilan politik salah satu penentu Ekonomi

Assalamualaikum,

Harini kita berbicara sikit tentang politik. Bila politik sesuatu negeri atau negara tak stabil secara otomatis ekonomi juga turut mengikut. Kalau ikut pandangan pakar-pakar ekonomi, politik adalah salah satu faktor ekonomi.

Terkini, di Palestin dan Thailand ketidak stabilan politik berlaku. Secara langsung pelabur atau peniaga akan turut merasa risau atau gusar untuk berniaga disebuah negara. Bila ini berlaku pelabur/peniaga akan keluar dari tempat itu dan menjadi satu kesan atau impak kepada penduduk setempat. Ekonomi juga menyusut, pengganguran meningkat sebab kilang banyak tutup, kadar pelancong menurun, hotel banyak tutup. Ini akan meningkatkan gejala sosial dan kadar jenayah sebab ramai orang tidak bekerja.

Macamana di Malaysia? Di Perak keadaan ketidakstabilan politik berlaku. Jika tidak ditangani secara berhemah atau tolak ansur akibatnya penduduk dinegeri tersebut akan terima akibatnya secara khusus dan Malaysia secara amnya.

Fikirlah.

Wassalam.

Sunday, January 18, 2009

Rangsangan Ekonomi.

Assalamualaikum,

Baru-baru ni TPM Malaysia telah mengumumkan peruntukkan RM 7 billion untuk rangsangan ekonomi. Bolehlah muat turun rangsangan ekonomi yang kerajaan rancangkan dihttp://www2.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/pakej_rangsangan_ekonomi.pdf

Harap-harap perlaksanaannya dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Menteri perusahaan dan komoditi juga ada mengumumkan penggunaan biodiesel untuk kenderaan kerajaan bagi merangsangkan harga sawit bermula pada bulan Februari tahunni.
Pada minggu ni harga sawit juga sudah mula nampak peningkatan dimana melebihi RM1800/mt cpo. Sesiapa berminat boleh merujuk di www.mpoc.org.my diruangan news.

Selamat berfikir.

Sunday, January 11, 2009

Kenapa bila ekonomi Amerika merudum kita turut merudum?

Assalamualaikum,

1.Pada pendapat saya Malaysia banyak bergantung hasil export/import menggunakan matawang Amerika(USD). Oleh itu implikasi matawang turun-naik juga ikut USD. Kita ambil satu contoh mudah, harga minyak mentah yang dieksport pada pertengahan tahun 2008 harga tinggi mencecah USD 100 setong. Oleh itu keuntungan juga tinggi ( ini pengiraan mudah untuk orang kebiasaan). Akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009 ada rugi sikit sebab harga murah bawah USD 50 setong.

Begitu juga barangan elektronik dan barangan lain yang bergantung dengan matawang USD.

Macamana kita nak kurangkan kebergantungan kita ni kepada Amerika? Boikot barangan mereka? Tepuk dada tanya selera. Kalau tak bersedia jangan buat. Kita boikot barang mereka lepastu dia tak nak beli barang kita. Macamana!!!!!!!!! Dah bersedia.

Kalau nak buat sesuatu jangan emosi, fikir dulu sebelum buat apa-apa. Ini melibatkan rakyat Malaysia keseluruhan.

Antara strategi yang boleh difikirkan bersama.

1. Buat satu matawang yang stabil, dikalangan Asean cari matawang yang stabil atau buat matawang sendiri. Contoh macam matawang Euro.

2. Kukuhkan ekonomi sendiri- Malaysia. Dikatakan sektor pertanian dapat mengukuhkan ekonomi. Tapi bila beras takde mula kelam kabut, kena beli dari luar. Beli dengan harga mahal. Siapa susah? Sendiri le jawap.
Semua benda kita kena plan/rancang. Kalau dah berusaha tak menjadi takpe. Serah pada takdir. Usaha lagi baru betul. Ni cakap aje. Tanam padi nak buat 5kali setahun. Jadi ke?
Macamana sektor penternakkan,tiap-tiap kali musim korban lembu kena import juga.

3. Sumber asli dan tanah yang subur, jadi rakyat Malaysia kita patut bersyukur sebab dikurniakan dengan sumber asli yang banyak dan tanah yang subur. Gunakan lah sumber yang ada dan jaga harta kita dengan sebaik mungkin serta tak membazir.

4. Asas ekonomi ialah permintaan dan penawaran. Ini memerlukan strategi jangkamasa panjang dan berterusan termasuklah pemasaran, jualan dan kewangan. Yang ni ramai orang boleh fikir, jangan fikir untuk kenyang diri sendiri sudah. Yang susahnya nak laksanakan. Sebabnya ramai pandai cakap dari buat kerja. Sendiri mau ingat.

Dah mantap semua ni barulah buat apa-apa yang kita suka sebab ekonomi kita dalam kawalan kita sendiri. Ini ekonomi sendiri bergantung pada Amerika, cakap bergegar.

Sunday, January 04, 2009

Bila kegawatan ekonomi akan berakhir?

Assalamualaikum,

Persoalani ni selalu bermain dibenak pemikiran kebanyakkan orang termasuk pemimpin kita. Sebab bila gawat, buat duit pun kurang. Potong overtime, potong gaji, kena diberhentikan kerja dan macam - macam masalah.

Bila nak tamat gawat??????????

Macam-macam pendapat antaranya:
1. Di Malaysia tahun 2009 baru betul-betul gawat, indicatornya pemberhentian pekerja secara berperingkat atau kadar pengganguran makin bertambah, kadar faedah dibank naik, pasaran saham tak naik-naik lagi, harga minyak mentah sawit terus berada diparas bawah RM2000 dan harga barang harian tak turun-turun.

2. Di Amerika bail out telah dimula kepada industri Kewangan dan kenderaan, tapi tanda - tanda nak pulih akan mengambil masa mungkin 1, 2, 3 tahun. Kita pun tak tahu.

3. Industri sawit mungkin akan pulih sedikit berikutan fenomena El-Nina yang dijangka bulan Apr-May09, ini akan meyebabkan minyak soya akan naik harga. Oleh itu kebiasaannya minyak mentah sawit akan turut menaik.

Kita masih tak tahu bila akan pulih ???????

Bagaimana kita nak pulih kegawatan ni?

1. Perancangan.
Perancangan datang daripada kita sebab kita boleh mengawal kewangan kita bukannya orang lain. Sokong kewangan dan insuran yang berlandaskan syariah. Sebabnya kewangan dan insuran islam tidak terlibat dengan riba atau dari segi konventionalnya faedah atau interest.

2. Ambil Kesempatan Dengan Kegawatan.
Kalau kita diberhentikan kerja atau tak dapat buat OT, inilah kesempatan yang baik untuk kita untuk meniaga sebab sebelum ni kita tak dapat nak meniaga sebab mungkin komited dengan kerja atau sebagainya. Buat e-book dengan perkara yang kita suka kemudian pasarkan dalam perniagaan internet. Macam- macam perkara lagi yang kita boleh buat untuk menjana pendapatan. Yang paling penting jangan putus asa.

3. Bentuk Komuniti terbuka

Bentuk komuniti yang boleh membantu antara satu sama lain termasuk dari segi ekonomi, moral dan sebagainya. Sebab seseorang itu tidak akan berjaya jika hanya dia seorang yang berjaya. Sebagai contohnya buat satu koperasi atau persatuan dimana semua ahli-ahli terlibat dan bukannya hanya seorang dua sahaja untuk menjayakan satu-satu projek. Barulah sama-sama berjaya.