Saturday, February 28, 2009

Benarkah emas satu pelaburan bijak pada masa kini?

Assalamualaikum,

Pada masa ini ramai orang mencadangkan agar melabur dalam bentuk emas atau pelaburan bersandarkan komoditi emas. Ini kerana kebanyakkan orang berpendapat emas lagi stabil dari wang tunai.

Kebanyakkan bank ada menyediakan akaun bank bersandarkan turun naik harga emas harian, sebagai contoh maybank. Persoalannya adakah pelaburan emas satu tindakan bijak?

Saya merujuk kepada www.goldprice.org, diruangan Franklin Sanders harga berada disekitar USD 900-USD 1000 perounce. Kalau ditukarkan ke gram USD 29 atau RM104 (USD1 =RM3.60). Pada tahun 1999 harga berada disekitar USD 300 perounce dan pada tahun 2009 harga telah mencecah USD 1000 perounce peningkatan sebanyak USD 700 perounce. Jika kita ada 10 ounce emas pada tahun 1999 dengan kos USD300@RM3.60 x 10= 10800. Saya ingat kalau masa sekarang pelaburan emas tadi telah menjadi USD 1000@RM3.60 x 10= RM36000. Ini menunjukkan 30% untung setiap tahun. Satu pelaburan yang bijak utuk jangkamasa panjang jika dibandingkan dengan pelaburan simpanan tetap ( 10% paling tinggi jika ada)

Saya pernah terbaca buku Hot Commodities dikarang oleh Jim Rogers ( pakar Komoditi), didalam buku beliau menceritakan dia tidak berapa berminat untuk buat pelaburan komoditi emas dan hanya 3% komoditi emas didalam Rogers International Commodity Index. Beliau juga berpendapat pelabur emas selalu mengabaikan permintaan dan penawaran dan sejarah menunjukkan emas bukanlah satu pelaburan yang bagus.

Jika kita melabur sekarang macamana 10 tahun lagi adakah harga akan menjadi USD3000perounce. Kalau kita lihat sejarah 30 tahun dulu harga paling tinggi hanya ditahun 1980an tidak melebihi USD 700perounce dan tahun-tahun berikut disekitar USD500perounce sehingga tahun 2007 ada peningkatan ke arah USD700perounce keatas.

Macamana nak melabur emas tak???????

Wasalam.

No comments: