Sunday, March 08, 2009

Bagaimana Keadaan Industri Sawit?

Assalamualaikum,

Baru-baru ini didapati minyak sawit dipasaran komoditi menunjukkan kenaikan sedikit disekitar dari RM 1800permiyak mentah sawit(cpo) ke RM2000. Ini menunjukkan pelabur mulai yakin akan industri minyak sawit.

Antara faktor yang boleh dikaitkan dengan petunjuk diatas ialah jumlah keluaran sawit dalam negara mulai menurun dan juga strategi MPOB yang melancarkan penggunaan biodiesel dalam badan kerajaan.

Sekarangini didapati kebanyakkan ladang mengalami penurunan pengeluaran buah sawit berbanding pada akhir tahun 2008. Mungkin faktor cuaca panas mempengaruhi pengeluaran bunga betina untuk mengeluarkan buah.

Dari segi kos pengeluaran, ada sedikit penurunan kerana harga baja turun sedikit begitu juga harga racun rumpai. Kos pengeluaran berada disekitar RM1600- RM1700percpo.

Jika harga pasaran berada dilingkungan RM1900 percpo industri sawit akan mendapat keuntungan sebanyak RM200-RM300 percpo.

Antara strategi yang boleh difikirkan pada masa sekarang ialah meningkatkan OER (kadar perahan minyak) dari 21% ke 22%. Ini kerana dengan kenaikkan 1% akan memberikan RM1900
permetrik ton.

Nanti kita sambung macam mana nak naikkan OER.


Wasalam

Click sini untuk buat duit:
http://www.yourfxguides.com/

No comments: