Wednesday, September 24, 2008

5 Cara Untuk Pendapatan Tambahan

Assalamualaikum,

Pada masa ini ramai orang membicarakan keperluan untuk mencari pendapatan tambahan. Kenapa?
Mungkin antaranya perbelanjaan harian meningkat, gaya hidup mewah dan macam - macam lagi alasan.
Terdapat berbagai-bagai cara untuk mencari pendapatan tambahan:

1. Berniaga.
  • Berniaga secara fizikal. Berniaga dipasar malam menjual roti john, mee goreng, menjual kain dan berbagai lagi.
  • Berniaga secara internet. Menjual barang-barang dalam internet. Dalam berniaga internet ada 2 kategori fizikal dan digital. Barangan fizikal ialah barang-barang yang boleh dipegang, contohnya barangan komputer. Barangan digital ialah barang-barang tidak dapat dipegang, contohnya e-book.

2. Menjual servis.

Jangan salah faham! maksud saya memberi servis atau nasihat kepada pelanggan mengikut profesionalism masing-masing, contoh khidmat guaman, klinik, kidmat akauntan dan pelbagai konsultan termasuk melalui internet.

3. Perniagaan Tani

Menternak lembu, kambing, ayam, puyuh dan kemudian memasarkannya di pasaran domestik atau antarabangsa bergantung kepada keupayaan individu atau syarikat. Mungkin ternak cacing, tanam cili, cendawan dan usaha tani yang lain.

4. Pendapatan Royalti.

Dengan menulis novel, buku ilmiah yang berkualiti, pihak penerbit buku memberi RM royalti hasil jualan buku yang dijual oleh mereka. Makin banyak jualan makin tinggi RM royalti yang kita dapat.

5. Pelaburan

Ada berbagai cara pelaburan antaranya hartanah, unit trust, simpanan tetap, ASB tapi cuba elakkan skim cepat kaya. Selalunya pelaburan adalah pendapatan jangka masa yang panjang.

Walau apa cara pendapatan tambahan saudara/i pilih bergantung kepada matlamat masing-masing. " Tidak Akan Berubah Sesuatu Kaum Melainkan Dia Sendiri Merubahkannya"

No comments: