Saturday, July 31, 2010

Bagaimana Mencari Perniagaan/Niche Yang Sesuai?

Assalamualaikum,

Satu persoalan yang sukar. Apa perniagaan yang kita buat dan kita suka buat?

Kes 1.
Ali ada banyak duit yang diwarisi dari keluarga beliau. Jika beliau tidak kerja duit yang sedia ada boleh menampung kehidupan dia. Tapi dia masih buat perniagaan yang dia suka iaitu membuka kelas kraftangan.

Kes 2
Kassim diwaktu masa lapang suka membuat kerja seni dari kayu seperti kerusi, almari atau sebagainya.

Kes 3
Dr. Faris adalah seorang pakar bedah jantung di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga kes diatas adalah berlainan situasi. Oleh itu jika kita ingin mengetahui dimana minat atau"passion" kita sebenar cuba buat list berdasarkan
1. Perniagaan yang betul-betul kita minat. Sebagai contoh computer game, memasak dan menulis buku.
2. Kepakaran didalam sesuatu bidang. Sebagai contoh pakar bedah, consultant dan accountant.
3. Unik, ketahanan dan Kompetitif

Mencari perniagaan/niche yang kita suka adalah paling penting supaya kita dapat fokus.

"Alang-Alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan"

No comments: