Sunday, October 31, 2010

Beli Rumah Aset Atau Liabiliti.

Beli rumah untuk didiami adalah liabiliti. Kalau beli rumah untuk disewakan rumah itu jadi aset.

Macamana boleh jadi macamtu?

Saya cuba terangkan secara yang paling mudah dan ringkas untuk difahami semua.

Sebagai contohnya, hutang rumah yang perlu dibayar kebank RM500 sebulan selama 20 tahun.

1. Situasi pertama, rumah yang telah dibeli kemudian kita tinggal atau didiami adalah tanggungan untuk pembeli rumah tersebut. Sebabnya setiap bulan kita perlu membayar dengan bank setiap bulan. Secara ringkasnya keluar duit dari poket kita. Begitu juga duit cukai pintu, insuran dan baik pulih jika ada kerosakkan pun perlu dimasukkan kos juga. Maknanya wang aliran keluar, istilah kewangan "Cash Outflow". Ini dipanggil liabiliti untuk kita. Dari segi perkiraannya ialah RM500 sebulan, setahun RM6,000, Dalam masa 20 tahun RM120,000.

2. Situasi kedua, rumah disewakan kepada penyewa. Kita sewakan RM600 sebulan. Setelah ditolak dengan bank sebanyak RM500 sebulan. Aliran wang tunai masuk kepoket kita atau "cash inflow" sebanyak RM100. Kalau setahun telah menjadi RM1200. Macamana kalau 20 tahun. Itu jika disewa sebanyakRM600 sebulan, bagaimana selepas 3 tahun kita naikkan lagi sewa ke RM700 sebulan. Aliran masuk makin bertambah menjadi RM200. Kategori ini adalah aset, dimana harta yang kita ada buat wang mudah untuk kita atau wang kerja untuk kita.

Kalau ada pandangan boleh kemukakan diruangan komen.

No comments: