Tuesday, June 01, 2010

Benarkah Malaysia Bankrap 2019?

Assalamualikum,

1.Sepatutnya isu ini dibangkitkan setelah kajian terperinci dibuat, setakat hendak beritahu jika subsidi diberikan akan menyebabkan bankrap rasanya ramai orang tidak boleh terima.

2.Sepatutnya beritahu apa langkah-langkah yang patut diambil untuk mengatasinya. Atau isu ini sengaja ditimbulkan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan simpati rakyat "Politacal strategy".

3.Isu ini akan membuatkan kecelaruan minda setiap warga Malaysia. Dimana takut, rasa tak selamat, tiada keyakinan diri dan macam-macam lagi. Peluang begini akan diambil kesempatan oleh pihak kerajaan dan juga pembangkang.

4. Macamana wawasan 2020? Apa benda Malaysia dah buat? Apa halatuju Malaysia untuk 10 tahun akan datang? Macamana Malaysia nak meningkatkan GDP "short term" dan "long term"?. Patutnya perkara ini dipasakkan dalam pemikiran setiap insan di Malaysia, barulah "positive thinking". Ini asyik cerita "negative thinking". Rosaklah pemikiran rakyat.

5. Penerangan pelan secara mudah dan tidak kritikal yang mudah difahami sepatutnya dibentangkan, baik didalam media massa atau ceramah.

6. Subsidi minyak dikatakan paling tinggi Kerajaan kena tanggung. Apa rakyat perlu buat untuk mengurangkan penggunaan minyak? Apakah kenderaan awam sudah mencapai standard yang kita nak? Apa R&D kita buat? Apa alternatif selain minyak? Bio-diesel macamana? Kenderaan akan sentiasa bertambah, itu adalah realiti.

Bertindak sekarang, jangan tangguh lagi.

No comments: