Ekonomi dunia semakin merudum dengan merujuk kepada beberapa maklumat atau data yang menjadi penentu ekonomi. Eksport dan import Malaysia masih lagi berdasarkan USD. (Sekarang kadar RM 1 kepada USD 3.16). http://www.bharian.com.my/articles/EksportMalaysiameningkat9peratus/Article/.
Ekonomi Eropah juga goyang dimana ekonomi Greek telah jatuh dengan teruk, kadar penganguran semakin meningkat, tarif elektrik telah dicatu dan nilai matawang juga menurun dengan teruknya, Berita terbaru: seorang anak yang berumur 60 tahun seorang pemuzik dan ibunya berumur 91 tahun telah membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima akibat kekangan kewangan yang meruncing . Begitu juga di Sepanyol kadar pengangguran meningkat sehingga 24%. Itali, German, Switzerland telah mengeluarkan arahan berhati-hati dengan faktor-faktor penyebab kejatuhan ekonomi.
China juga telah menghentikan pembinaan mega dibandar-bandar besar seperti di Shanghai dan Peking. Jika pembinaan mega dihentikan maka pengangguran juga akan meningkat. Perbelanjaan seisi rumah juga menurun sebab tiada pekerjaan.
Malaysia akan menerima impak secara langsung dari segi penurunan peratus eksport dan import akibat kejatuhan ekonomi Eropah dan China. Barangan buatan dan komoditi mungkin akan menurun seperti alatan elektronik dan bijih besi. Walaubagaimanapun minyak mentah petroleum mungkin tidak akan tergugat sebab minyak akan digunakan selagi manusia menggunakan kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel.
Sunday, June 17, 2012
Sunday, May 06, 2012
Menjual Produk Dengan Berjaya
Joe Girard berkata "Nothing happens until something is sold. And nothing is sold until a sale is closed".
Maksudnya: tiada apa-apa berlaku sehingga ada barang/produk dijual. Tiada barang/produk dijual sehingga jualan terjual.
Joe Girard merupakan pemegang rekod Guiness Book Of Record (World's Greatest Salesman) kerana menjual kereta sebanyak 13,000 unit kereta dalam masa 15 tahun.
Bagaimana beliau berjaya menjual sebanyak 13,000 unit kereta.
Tiga perkara utama untuk menjual produk dengan berjaya:
1. Mencipta keperluan sesuatu produk
2. Mencipta kehendak menggunakan produk
3. Nilai produk melebihi duit@wang pelanggan
Jika tiga prinsip diutamakan saya yakin sesuatu produk dapat dijual. Kita ambil contoh produk "Apple" ciptaan steve job. Beliau juga telah berjaya menggunakan ketiga-tiga prinsip secara serentak dan mengutamakan kehendak bakal pembeli. Disini timbulnya 'WHY' faktor, kenapa Steve Job mencipta produk-produk tersebut.
Sebelum menjual sesuatu produk/barangan cuba teliti dulu 3 prinsip diatas samada sudah ditepati atau belum, jka semua ada insyallah produk/barangan akan dapat dijual dengan berjaya.

Friday, May 04, 2012
Pelan @ Strategi Untuk Mencapai Cabaran 30 Hari
Post hari kedua,
Checklist untuk minggu pertama
4hb - Rangka kerja satu minggu.
5hb - Mengenal pasti produk/affiliate untuk dilancarkan
6hb - Cara pembayaran samada maybank2u atau paypal.
7hb - "Sales page" yang terbaik untuk dilancarkan
8hb- Promosi dimulakan dengan membuka blog dengan keyword yang sesuai. Facebook/twitter juga akan digunakan.
9hb -Join forum untuk naikkan rating.

Thursday, May 03, 2012
Cabaran Tiga Puluh Hari
Assalamualaikum,
Post kalini lain sikit sebab:
1. Matlamat cabaran 30 hari bermula pada harini untuk menjana pendapatan pasif sebanyak USD2,000 pada hari terakhir 30 hari bertarikh 2/6/2012.
2. Mengguna segala pengetahuan berkenaan" internet marketing" untuk diimplementasikan.
3. Plan/strategi akan dirangka sebaik mungkin supaya mencapai cita-cita @ matlamat yang telah ditetapkan.
4. Menggunakan modal yang minimum
5. Membina rangkaian termasuk facebook, linkedin, twitter dan juga email.
6. Untuk membuktikan pada diri sendiri bahawa dalam masa 30 hari boleh dapat pendapatan USD2,000.

Sunday, October 31, 2010
Beli Rumah Aset Atau Liabiliti.
Beli rumah untuk didiami adalah liabiliti. Kalau beli rumah untuk disewakan rumah itu jadi aset.
Macamana boleh jadi macamtu?
Saya cuba terangkan secara yang paling mudah dan ringkas untuk difahami semua.
Sebagai contohnya, hutang rumah yang perlu dibayar kebank RM500 sebulan selama 20 tahun.
1. Situasi pertama, rumah yang telah dibeli kemudian kita tinggal atau didiami adalah tanggungan untuk pembeli rumah tersebut. Sebabnya setiap bulan kita perlu membayar dengan bank setiap bulan. Secara ringkasnya keluar duit dari poket kita. Begitu juga duit cukai pintu, insuran dan baik pulih jika ada kerosakkan pun perlu dimasukkan kos juga. Maknanya wang aliran keluar, istilah kewangan "Cash Outflow". Ini dipanggil liabiliti untuk kita. Dari segi perkiraannya ialah RM500 sebulan, setahun RM6,000, Dalam masa 20 tahun RM120,000.
2. Situasi kedua, rumah disewakan kepada penyewa. Kita sewakan RM600 sebulan. Setelah ditolak dengan bank sebanyak RM500 sebulan. Aliran wang tunai masuk kepoket kita atau "cash inflow" sebanyak RM100. Kalau setahun telah menjadi RM1200. Macamana kalau 20 tahun. Itu jika disewa sebanyakRM600 sebulan, bagaimana selepas 3 tahun kita naikkan lagi sewa ke RM700 sebulan. Aliran masuk makin bertambah menjadi RM200. Kategori ini adalah aset, dimana harta yang kita ada buat wang mudah untuk kita atau wang kerja untuk kita.
Kalau ada pandangan boleh kemukakan diruangan komen.

Saturday, July 31, 2010
Bagaimana Mencari Perniagaan/Niche Yang Sesuai?
Assalamualaikum,
Satu persoalan yang sukar. Apa perniagaan yang kita buat dan kita suka buat?
Kes 1.
Ali ada banyak duit yang diwarisi dari keluarga beliau. Jika beliau tidak kerja duit yang sedia ada boleh menampung kehidupan dia. Tapi dia masih buat perniagaan yang dia suka iaitu membuka kelas kraftangan.
Kes 2
Kassim diwaktu masa lapang suka membuat kerja seni dari kayu seperti kerusi, almari atau sebagainya.
Kes 3
Dr. Faris adalah seorang pakar bedah jantung di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Ketiga-tiga kes diatas adalah berlainan situasi. Oleh itu jika kita ingin mengetahui dimana minat atau"passion" kita sebenar cuba buat list berdasarkan
1. Perniagaan yang betul-betul kita minat. Sebagai contoh computer game, memasak dan menulis buku.
2. Kepakaran didalam sesuatu bidang. Sebagai contoh pakar bedah, consultant dan accountant.
3. Unik, ketahanan dan Kompetitif
Mencari perniagaan/niche yang kita suka adalah paling penting supaya kita dapat fokus.
"Alang-Alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan"

Sunday, July 18, 2010
Kenapa Hanya 10% Perniagaan Berjaya Dalam Masa 5 Tahun?
Perjalanan perniagaan yang mantap. Satu persoalan yang nampak mudah tapi perlu diperdalami atau diperhalusi sebaik mungkin. Sebab faktor inilah yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan untuk jangka masa panjang.
Sebagai contoh, Ahmad buka website jual barangan baik fizikal atau digital. Dalam sebulan Ahmad mendapat untung sebanyak RM3000. Setelah beberapa tahun berniaga Ahmad telah jatuh sakit selama 6 bulan. Perniagaannya telah rugi dalam masa dia sakit. Ahmad tidak dapat mengendalikan perniagaannya. Berapa lama perniagaan Ahmad dapat bertahan? Apa yang sepatutnya Ahmad buat untuk mengelak perkara begini berlaku?
Sepatutnya bisnes tetap berjalan lancar.
Masih ramai para peniaga diluar sana yang perlu campur tangan selepas 5 tahun berniaga. Maknanya mereka tidak ada sistem yang konkrit. Kita ambil contoh Mc Donald. Perlu ke tokeh besar pergi tengok setiap outlet mereka. Rasanya tidak perlu sebabnya sudah ada sistem yang mantap.
Macamana nak buat? Setiap perniagaan yang kita buat perlu ada orang "backup" kita, dengan kata lain kita melatih orang lain untuk mengendalikan perniagaan kita mengikut sistem yang kita telah aturkan . Dalam masa yang sama kita bina rangkaian perniagaan kita supaya tidak statik di tahap yang lama semasa kita mula mula bina perniagaan.
Fikirkan untuk "survival" perniagaan anda.

Subscribe to:
Posts (Atom)