Wednesday, September 24, 2008

5 Cara Untuk Pendapatan Tambahan

Assalamualaikum,

Pada masa ini ramai orang membicarakan keperluan untuk mencari pendapatan tambahan. Kenapa?
Mungkin antaranya perbelanjaan harian meningkat, gaya hidup mewah dan macam - macam lagi alasan.
Terdapat berbagai-bagai cara untuk mencari pendapatan tambahan:

1. Berniaga.
  • Berniaga secara fizikal. Berniaga dipasar malam menjual roti john, mee goreng, menjual kain dan berbagai lagi.
  • Berniaga secara internet. Menjual barang-barang dalam internet. Dalam berniaga internet ada 2 kategori fizikal dan digital. Barangan fizikal ialah barang-barang yang boleh dipegang, contohnya barangan komputer. Barangan digital ialah barang-barang tidak dapat dipegang, contohnya e-book.

2. Menjual servis.

Jangan salah faham! maksud saya memberi servis atau nasihat kepada pelanggan mengikut profesionalism masing-masing, contoh khidmat guaman, klinik, kidmat akauntan dan pelbagai konsultan termasuk melalui internet.

3. Perniagaan Tani

Menternak lembu, kambing, ayam, puyuh dan kemudian memasarkannya di pasaran domestik atau antarabangsa bergantung kepada keupayaan individu atau syarikat. Mungkin ternak cacing, tanam cili, cendawan dan usaha tani yang lain.

4. Pendapatan Royalti.

Dengan menulis novel, buku ilmiah yang berkualiti, pihak penerbit buku memberi RM royalti hasil jualan buku yang dijual oleh mereka. Makin banyak jualan makin tinggi RM royalti yang kita dapat.

5. Pelaburan

Ada berbagai cara pelaburan antaranya hartanah, unit trust, simpanan tetap, ASB tapi cuba elakkan skim cepat kaya. Selalunya pelaburan adalah pendapatan jangka masa yang panjang.

Walau apa cara pendapatan tambahan saudara/i pilih bergantung kepada matlamat masing-masing. " Tidak Akan Berubah Sesuatu Kaum Melainkan Dia Sendiri Merubahkannya"

Sunday, September 21, 2008

Impak Pasaran Saham Kepada kita

Assalamualaikum,

Sebelum kita bincang lebih lanjut mengenai pasaran saham. Saudara/i tahu apa definasi pasaran saham? Pasaran saham ialah pasar untuk perdagangan saham perusahaan yang dipegang umum dan alat kewangan yang berhubungan ( termasuk pilihan saham, pertukaran dan masa hadapan indeks saham). Definasi ini saya petik dari www. wikipedia.org.

Apa impak pasaran saham kepada kita ? Impak ada yang positif dan negatif bergantung kepada keperluan/pekerjaan kita. Baru-baru ini saham perladangan mengalami penurunan sebagai contoh saham Tradewinds Plantation Bhd dimana mengalami penurunan dari Bulan May (Tertinggi) RM 5.40 sehingga bulan September RM3.10 (Sila rujukhttp://www.twinds.com.my/investor-share-analysis.php) Pada pandangan saya saham ini mengikut pasaran komoditi cpo dimana mengalami penurunan dari RM4000/mt ke RM2500mt baru-baru ini.
Impak positif pada pengguna minyak masak akan mengalami penurunan harga oleh itu mereka dapat membeli minyak masak yang murah sedikit, walaubagaimanapun pada pekerja ladang akan mengalami penyusutan sedikit gaji mereka kerana gaji mereka mengikut harga CPO yang diperdagangkan. Kemungkinan pekerja ini akan mengurangkan perbelanjaan mereka, ini akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara.
Pada ketika ini pasaran saham dunia mengalami penyosotan, secara tidak langsung negara kita turut mengalami keadaan yang sama kerana dagangan kebanyakkan dibuat dengan menggunakan USD dan saya rasa impak positif atau negatif bergantung kepada kita, tapi yang paling penting bagaimana kita mengambil peluang dari kejatuhan pasaran saham. Mungkin pada masa ini adalah peluang membuat bisnes atau pelaburan$$$$$$$.
Jika saudara/i ada komen terhadap post ini bolehlah berbuat demikian dibawah.

Thursday, September 18, 2008

Bajet Kewangan Perbadi 2009 (2)

Assalamualaikum,

Bertemu lagi dalam sambungan perbincangan dalam post yang lepas, kita memperkatakan tentang harga minyak mentah dan harga minyak masak yang sepatutnya menurun mengikut perkadaran tetapi sehingga kini tidak turun dengan banyak. Bajet kita belum bincang lagi sebab faktor-faktor yang memberi impak kepada bajet kita tengok dulu.


Adakah inflasi juga mempengaruhi kehidupan harian kita? Apa itu inflasi?Inflasi dalam ertikata yang paling mudah ialah peningkatan tahap kenaikan harga barang atau servis dalam satu tempoh masa. Terdapat beberapa teori yang memperkata tentang inflasi, antara monetrism dan keynesian. (Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Inflation#cite_note-0).

Tapi yang penting disini macam mana boleh berlaku peningkatan inflasi. Di Malaysia kadar inflasi dalam lingkungan 7%-8%. Tiga faktor yang mempengaruhi ialah:
1. Kos pengeluaran barang tinggi. Macamana ini berlaku, upah tinggi untuk membuat produk barang atau servis. Oleh itu majikan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna atau pelanggan.

2. Permintaan melebihi penawaran. Kita ambil contoh terdekat minyak petrol/diesel. Jika pengeluar menyekat pengeluaran minyak ini menyebabkan permintaan jadi berlebihan atau pengguna kereta bertambah jadi minyak petrol/diesel yang banyak diperlukan. Ini menyebabkan harga minyak naik.

3. Import barangan. Malaysia perlu mengeluarkan duit lebih untuk membeli barangan import. Sebagai contoh satu handphone USD 300, kita perlu membayar USD300 x RM3.50= RM1050. Untuk USD 1 rakyat Malaysia perlu membayar RM3.50 atau mungkin lebih bergantung kapada tukaran duit semasa.

Post yang akan datang kita akan bincang impak pasaran saham pada ekonomi negara dan yang paling penting kita.

Jika saudara/saudari ada komen tentang post ini samada setuju atau tak setuju bolehlah komen dibawah.

Monday, September 15, 2008

Bajet Kewangan Perbadi 2009

Assalamualaikum,

Mengenai tajuk diatas, berikut adalah penulisan perspektif saya. Dijangkakan minyak dunia akan stabil dalam kadar USD 100-110 dan mungkin menurun bergantung kepada beberapa faktor penawaran dan permintaan termasuk cuaca dan peperangan. Pada mesyuarat OPEC baru-baru ini mereka bersetuju untuk mengekalkan pengeluaran minyak, sila rujuk http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Ekonomi/20080910100002/Article/. Selagi faktor-faktor dalaman dan luaran dalam lingkup ekonomi stabil saya fikir minyak tidak akan naik begitu ketara.

Oleh itu barang keperluan harian sepatutnya telah turun mengikut perkadaran harga minyak dunia yang turun tapi sehingga kini tak turun lagi?????????????

Dijangkakan juga minyak masak (sawit) akan turun pada masa yang mendatang dimana harga minyak mentah sawit dilingkungan RM2500 setan berbanding RM 3000-4500 setan, sila rujuk http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Ekonomi/20080913010324/Article/
Walaubagaimanapun kita perlu peka pada kedudukan kewangan kita pada masa akan datang dan perlu ambil langkah-langkah yang wajar agar tidak mengalami kesulitan kelak.
Nanti saya akan terangkan lebih lanjut pada post yang akan datang apa langkah-langkahnya.

Saturday, September 13, 2008

5 Cara Mudah Untuk Menyelesaikan Hutang

Assalamualaikum,

Kebanyakkan orang membuat hutang termasuk diri saya sendiri tapi cara kita menguruskan hutang lebih penting supaya tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga. Dibawah ini ada 5 cara mudah untuk menyelesaikan hutang yang ingin saya kongsikan bersama:

1. Disiplin

Tanamkan niat,tekad atau matlamat dalam diri kita untuk menyelesaikan hutang secepat mungkin supaya tidak membebankan dimasa akan datang. Dalam Islam juga menyeru agar jika kita berhutang hendaklah diselesaikannya secepat mungkin sebab kita tak tahu bila akan mati. Oleh itu hendaklah kita mendisiplinkan diri kearah itu walaupun terpaksa ikat perut sikit.

2. Keutamaan

Utamakan pembayaran hutang yang mempunyai faedah yang tinggi sebagai contoh hutang kad kredit atau along ( kalau boleh cuba elakkan dari hutang dengan along). Dengan kata lain utamakan yang perlu dibayar dulu.

3. Peruntukkan

Tiap-tiap bulan perlu ada peruntukkan untuk membayar hutang samaada hutang peribadi, kereta atau rumah. ( contoh: RM200 - kad kredit, RM 400- kereta dan RM 300-rumah. Jumlah keseluruhan RM900) Peruntukkan dibuat hendaklah melebihi hutang RM 1000 keatas. Bayar hutang lebih jika mampu.

4. Paradigma

Tukar hutang menjadi pendapatan, sebagai contoh hutang rumah RM500. Sewakan rumah tersebut RM600 (lebihan RM100 jadikan pendapatan dan RM500 hutang dibayar oleh penyewa rumah) Tuan rumah cari rumah sewa lagi murah atau beli rumah dengan ansuran lebih murah.

5. Berhenti Buat Hutang Yang Menyusahkan

Jangan tambahkan lagi hutang atau dengan kata lain menambahkan pening kepala, tapi buat hutang jika mendatang wang lebihan kedalam poket kita sebagai contoh hutang dalam pelaburan hartanah.

Selamat mencuba.

Saturday, September 06, 2008

Perlindungan Kewangan 2


Assalamualaikum,


Selamat menjalani ibadah puasa, bagi yang puasa. Hari ini kita sambung cerita pasal insuran.

Setiap orang didunia ini yang berfikiran waras tidak ingin berlaku sesuatu yang tidak baik atau bencana kepada diri atau keluarga.

Didalam islam sendiri kita digalakkan berdoa agar dijauhi segala bala bencana dan kita juga hendaklah percaya kepada qada' dan qadar.

Kita sebagai seorang insan yang mulia didunia perlu untuk berusaha mengurangkan bebanan terhadap keluarga kita dengan mengambil insuran. Jikalau tidak yakin dengan insuran conventional bolehlah ambil insuran takaful yang mengikut lunas islam.
Wasalam.